Sunday, 14 October 2012

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN RESTU ILMU PELAJAR PMR/SPM 2012


Tazkirah oleh Ustaz Mohd. Fadzli Abdullah, Ketua Panitia Pendidikan Islam sebelum Solat Hajat.

11 Oktober 2012 (Khamis)- Majlis anjuran Panitia Pendidikan Islam SMK Majakir ini telah diadakan pada 5 November yang lalu bertempat di Dewan Jubli Perak SMK Majakir. Pelajar-pelajar yang terlibat terdiri daripada semua calon PMR dan SPM pada tahun ini. Calon STPM tidak terlibat kerana mereka dalam masa yang sama terlibat dengan Program Peningkatan Akademik anjuran Kimanis Power di Dewan Masyarakat Baru Papar.


Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang bersama barisan Penolong Kanan dan guru-guru turut serta menunaikan Solat Hajat.



Para jemaah membaca Surah Yassin diketuai oleh Ustaz Zorimi Yaacob.


Pelajar perempuan.


Pelajar lelaki.

Di majlis ini juga pihak sekolah telah menyampaikan sedikit sumbangan alat tulis kepada semua calon PMR dan SPM. Selain sumbangan daripada pihak sekolah, para calon PMR turut menerima geometri set yang disumbangkan oleh YB Datuk Rosnah Hj. Abdul Rashid Shirlin.


Hadiah sumbangan YB Datuk Rosnah Hj. Abdul Rashid Shirlin.


Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain sedang memberi kata-kata perangsang dan semangat kepada semua calon PMR dan SPM pada tahun ini.


Para pelajar bersalaman dengan para guru dan memohon agar segala ilmu yang telah dicurahkan oleh guru kepada pelajar dihalalkan hendaknya.


Memohon kemaafan seandainya selama menuntut ilmu terdapat perkara-perkara yang mengguris perasaan kalangan guru.


Para guru dan seluruh warga sekolah mendoakan agar semua calon PMR dan SPM pada tahun ini akan dapat memberikan yang terbaik semasa menjawab kertas-kertas soalan.

No comments:

Post a Comment